Pertandingan Menulis Esei Maulidur Rasul 1431H/2010M

Assalamualaikum wbt,

KRIM Gombak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Gombak sedang menganjurkan Pertandingan Menulis Esei sempena sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010M.

Pertandingan terbuka kepada semua pelajar di sekolah-sekolah sekitar Gombak.

Anda dikehendaki memilih salah satu dari tajuk-tajuk berikut bagi setiap penyertaan:

  1. Peranan NGO Islam dalam membentuk keperibadian muslim dalam jiwa remaja masa kini
  2. Peranan Raja-raja Melayu dalam mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan
  3. Krisis kemanusiaan di Gaza: Apa sumbangan kita untuk membantu saudara-saudara seislam di Palestin?
  4. Muhammad Contoh Ikutan, Umat Penyambung Warisan
  5. Kesatuan ummah pemangkin kesejateraan negara
  6. Krisis identiti di kalangan remaja yang semakin membarah. Masihkah ada harapan?

Anda boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.

Sila nyatakan di muka pertama bagi setiap penyertaan:

Nama peserta, no kad pengenalan, no telefon, nama sekolah, no telefon sekolah dan tajuk esei.

Setiap penyertaan mestilah dihantar ke alamat email berikut:

krimgombak@gmail.com

beserta satu salinan cetak ke alamat berikut:

Kelab Remaja ISMA (Cawangan Gombak)

No.14-B Jalan 10, Taman Batu, Jalan Batu Caves, Batu Caves

68100, Selangor.

Sila lihat poster di bawah untuk maklumat lanjut: