Sekali lagi KRIM Gombak telah diberi kepercayaan penuh oleh pihak pengurusan SM Sains Hulu Selangor apabila telah berjaya menganjurkan Kursus Kepimpinan Remaja SEMASHUR 2010 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada tanggal 26-27 Jun 2010.
Program 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 50 para pemimpin pelajar daripada Semashur Islamic Society (SIS), yang merupakan salah satu badan pembantu tadbir di SEMASHUR. Para peserta juga merupakan pelajar-pelajar terpilih naqib dan naqibah di SEMASHUR.
Program yang diadakan ini mempunyai objektif khusus yang telah ditetapkan oleh pihak SIS iaitu untuk memberi pendedahan mengenai kaedah dan pengurusan usrah dan halaqah. Kursus ini juga menitikberatkan aspek motivasi kendiri dan jatidiri yang perlu ada pada seorang nuqaba.
Kursus kepimpinan ini dimulakan dengan slot motivasi kepimpinan yang dipimpin sepenuhnya oleh Tn Hj Aminuddin Yahya yang merupakan seorang tokoh usahawan terkenal merangkap Setiausaha Agung ISMA, sebuah NGO dakwah yang tidak asing lagi. Beliau telah menekankan akan pentingnya untuk memastikan semua ciri-ciri pemimpin agar ada dalam diri setiap peserta . Beliau juga memberi penekanan terhadap aspek menerobosi potensi diri yang ada kerana sesungguhnya manusia itu dijadikan dengan pelbagai potensi yang hebat.
Hari kedua kursus bertumpu kepada pengurusan usrah berkesan. Saudara Usamah b Izer, graduan UIAM telah menyampaikan satu pembentangan menarik mengenai kepentingan usrah dan kaedah pengendalian usrah yang berkesan. Slot yang penuh dengan pengisian teori ini diikuti dengan sesi bengkel simulasi di mana setiap kumpulan peserta lelaki dan perempuan dikehendaki melakarkan model ‘Usrah Idaman’ yang ingin diaplikasikan di SEMASHUR. Melalui bengkel ini, para peserta telah diberi peluang untuk merekacipta usrah idaman masing-masing berdasarkan kefahaman terhadap teori usrah dan diakhiri dengan pembentangan daripada setiap kumpulan. Pelbagai komentar kritis diajukan oleh para peserta terhadap model-model yang dibentangkan. Di penghujung bengkel, mereka telah berjaya mencapai kata sepakat mengenai model ‘usrah idaman’ terbaik yang akan dipraktikkan di SEMASHUR.
Sesi di sebelah petang diteruskan dengan satu forum istimewa yang menampilkan beberapa tokoh belia yang juga bekas pelajar SEMASHUR. Forum ini membincangkan mengenai peranan dan cabaran belia.
Kursus diteruskan dengan aktiviti outdoor dimana para peserta telah diminta untuk membina sebuah model ‘Jambatan dakwah ‘ berdasarkan kefahaman masing-masing tentang dakwah. Dengan menggunakan peralatan yang serba kekurangan, semua kumpulan telah berjaya membina model masing-masing yang telah diadunkan bersama-sama kefahaman yang diterima.
Pada sebelah malamnya, Para peserta disajikan dengan tayangan perdana ‘Sang Murabbi’ , sebuah filem kisah benar menelusuri kisah kehidupan seorang murabbi tarbiah yang hebat. Filem hebat ini sedikit sebanyak telah berjaya menyuntik semangat para peserta.
Hari terakhir kursus diteruskan dengan pembentangan 10 ciri-ciri muslim unggul yang disampaikan dengan jayanya oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Alauddin b Kamal, Pensyarah Darul Quran. Penyampaian yang sungguh berkesan ini insha-Allah diharapkan dapat member kesan yang mendalam terhadap jiwa para peserta untuk terus bermotivasi melakukan perubahan kendiri kea rah yang lebih baik.
Slot terakhir penuh debaran akhirnya tiba apabila satu ujian penilaian ringkas diadakan di mana para peserta diuji tahap kefahaman mengenai semua topic yang telah dibincangkan sepanjang kursus. Penilaian ini penting demi memastikan para peserta yang merupakan bakal-bakal peneraju kepimpinan di sekolah memahami sejelas-jelasnya segala perkara yang telah dibincangkan.
Kursus diakhiri dengan majlis penyampaian sijil dan sesi fotografi.
Filed under: Uncategorized






Assalamualaikum…
teringat plak kenangan kat UIA kan…
terima kasih kepada pihak KRIM sebab sudi guide kitorang
Besides, kitorang minx maaf…
Atas segala salah laku dan kesilapan kitorang
Last but not least,
Pray 4 our success and we always hoping for your guidance and prayer…
All the memories will stick on my heart and we…SEMASHURians will always support KRIM!:)
Maassalamah…